Laporan Terkini

KEPIMPINAN BARU

Bermula April 2012, kepimpinan GMAP UUM kini telah beralih kepada generasi ke-2 kepimpinan Gabungan Mahasiswa Anak Perak 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Peperiksaan akhir bagi semester ke-2 2012 bakal tiba tidak lama lagi. Bagi pihak GMAP UUM kami mengucapkan selamat maju jaya dan bertawakal untuk keputusan yang terbaik. InsyaAllah

Terima Kasih GMAP

Barisan Majlis Tertinggi generasi pertama GMAP menggucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan warga GMAP UUM kerana telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk menjalankan tugas selama 2 penggal. Segala kesilapan disusun sepuluh jari memohon maaf. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan

Baju Gmap

Makluman awal berkenaan baju GMAP, kami baru sahaja mendapat maklumat baju akan diperolehi dalam masa terdekat. Pada rakan-rakan yang membeli diharap bersabar dan nantikan info terbaru dari kami. Sekian.

Family Day Gmap Selamat Dijalankan

Alhamdulillah, pada 20.4.2012 yang lalu program family day telah selamat diadakan. Terima kasih kepada Saudari Emma Zati kerana telah memberi komitment membantu menjayakan program ini. Biarpun tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, namun diharap pada masa akan datang ianya masih dapat diteruskan. Sekian

Latest Posts

1

News: YDP n S.U GMAP ke UPM

GMAPUUM Thursday, 2 June 2011
                            Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk makluman semua, YDP GMAP iaitu Cik Norizan dan N.S.U GMAP Cik Afifah Amira akan ke UPM pada 13 sehingga 15 Jun ini....Kita telah diberi kepercayaan untuk turut serta dalam aktiviti yang mana melibatkan kesemua pemimpin mahasiswa/swi di setiap IPTA di seluruh negara. Diharapkan, dengan keberangkatan mereka berdua kesana akan memberikan lebih banyak makna untuk GMAP terus maju kehadapan.

Sekian, Terima Kasih...^^ 
1

Pembina "Bina Negara Bangsa"

GMAPUUM
                        Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Pembina "Bina Negara Bangsa" merupakan satu projek cetusan idea daripada TNC UUM iaitu Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid. Usulan dan pembentangan idea ini telah dilakukan di Terengganu yang mana melibatkan kesemua TNC di setiap IPTA seluruh negara. Ianya telah mendapat sokongan penuh dari semua pihak dan rangka kerja telahpun diaturkan.


Projek ini berteraskan konsep 1 MALAYSIA yang mana menekankan semangat cintakan negara bangsa. Ianya akan dijalankan selama 3 hari 2 malam untuk 5 sesi yang berbeza. Setiap sesi akan dijalankan di 40 pusat yang berbeza di seluruh negara secara serentak.


Sesuatu yang menarik mengenai program ini adalah, ianya akan membawa mahasiswa/swi dari setiap IPTA untuk mengikuti program tersebut di negeri kelahiran masing-masing. Ianya bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara mahasiswa/swi dengan para pemimpin negeri. Dengan ini, ianya secara tidak langsung memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk saling berinteraksi sepanjang program berlangsung.


Program tersebut akan dibahagikan kepada empat slot iaitu slot POLITIK, AKADEMIK,EKONOMI dan AGAMA. Dari sini, para peserta akan dapat memahami dasar dan polisi kerajaan secara lebih menyeluruh selain mendalami rasa kecintaan terhadap negara bangsa sendiri.


Para peserta yang ingin mengikuti program ini tidak perlu risau mengenai pengangkutan, penginapan mahupun makanan, kerana segalanya telah disediakan. Mereka hanya perlu bersedia untuk MENYAHUT CABARAN YANG JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN INI.


Bagi yang berminat, mereka boleh mengisi borang yang telah disediakan di bahagian aktiviti dan pilih borang PEMBINA "BINA NEGARA BANGSA" .




Sekian, Terima kasih.
0

Blog dalam proses penambahbaikan...TQ

GMAPUUM
Salam sejahtera kepada semua...kami ingin meminta maaf diatas beberapa masalah yang berlaku. Blog ini sedang melalui proses penambahbaikan untuk kemudahan bersama dimasa hadapan. Diharapkan rakan-rakan akan terus memberikan sokongan kepada kami untuk terus maju. Sekian terima kasih...^^
1

AGM GMAP UUM PERTAMA

GMAPUUM Tuesday, 19 April 2011
Salam 1 Malaysia...

Pada 16.April.2011 yang lalu, satu majlis tidak rasmi anjuran Gabungan Mahasiswa Anak Perak UUM telah dilangsungkan di Dewan Budi, Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia. 

AGM GMAP UUM yang julung kalinya diadakan itu telah mendapat sambutan yang mengalakkan. Biarpun didalam keadaan dan suasana yang bersahaja, kelancaran majlis tetap meriah dan menarik minat peserta yang hadir.









0

Salam 1 Malaysia

Salam 1 Malaysia, Salam Perpaduan, Salam Perak Aman Jaya...

Bersyukur ke hadrat Illahi, akhirnya tertubuh juga sebuah persatuan yang mana akan mengabungkan keseluruhan anak-anak perak di Universiti Utara Malaysia di dalam sebuah persatuan yang utuh lagi padu. Dengan tertubuhnya persatuan Gabungan Mahasiswa Anak Perak UUM ini, diharapkan agar ianya dapat dijadikan sebagai suatu medium loncatan bagi semua anak-anak perak yang belajar di Universiti Utara Malaysia untuk mengadukan sebarang masalah selain sebagai tempat untuk saling beramah mesra dan kenal mengenali diantara satu sama lain. Akhir kata, semoga GABUNGAN MAHASISWA ANAK PERAK (GMAP) ini akan terus maju kehadapan dan mampu membela nasib anak-anak perak yang sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia ini. Sekian.
 
Copyright 2010 GMAP UUM
GABUNGAN MAHASISWA ANAK PERAK Blogger template by Introblogger