Archives

1

News: YDP n S.U GMAP ke UPM

GMAPUUM Thursday 2 June 2011
                            Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk makluman semua, YDP GMAP iaitu Cik Norizan dan N.S.U GMAP Cik Afifah Amira akan ke UPM pada 13 sehingga 15 Jun ini....Kita telah diberi kepercayaan untuk turut serta dalam aktiviti yang mana melibatkan kesemua pemimpin mahasiswa/swi di setiap IPTA di seluruh negara. Diharapkan, dengan keberangkatan mereka berdua kesana akan memberikan lebih banyak makna untuk GMAP terus maju kehadapan.

Sekian, Terima Kasih...^^ 
1

Pembina "Bina Negara Bangsa"

GMAPUUM
                        Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Pembina "Bina Negara Bangsa" merupakan satu projek cetusan idea daripada TNC UUM iaitu Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid. Usulan dan pembentangan idea ini telah dilakukan di Terengganu yang mana melibatkan kesemua TNC di setiap IPTA seluruh negara. Ianya telah mendapat sokongan penuh dari semua pihak dan rangka kerja telahpun diaturkan.


Projek ini berteraskan konsep 1 MALAYSIA yang mana menekankan semangat cintakan negara bangsa. Ianya akan dijalankan selama 3 hari 2 malam untuk 5 sesi yang berbeza. Setiap sesi akan dijalankan di 40 pusat yang berbeza di seluruh negara secara serentak.


Sesuatu yang menarik mengenai program ini adalah, ianya akan membawa mahasiswa/swi dari setiap IPTA untuk mengikuti program tersebut di negeri kelahiran masing-masing. Ianya bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara mahasiswa/swi dengan para pemimpin negeri. Dengan ini, ianya secara tidak langsung memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk saling berinteraksi sepanjang program berlangsung.


Program tersebut akan dibahagikan kepada empat slot iaitu slot POLITIK, AKADEMIK,EKONOMI dan AGAMA. Dari sini, para peserta akan dapat memahami dasar dan polisi kerajaan secara lebih menyeluruh selain mendalami rasa kecintaan terhadap negara bangsa sendiri.


Para peserta yang ingin mengikuti program ini tidak perlu risau mengenai pengangkutan, penginapan mahupun makanan, kerana segalanya telah disediakan. Mereka hanya perlu bersedia untuk MENYAHUT CABARAN YANG JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN INI.


Bagi yang berminat, mereka boleh mengisi borang yang telah disediakan di bahagian aktiviti dan pilih borang PEMBINA "BINA NEGARA BANGSA" .




Sekian, Terima kasih.
0

Blog dalam proses penambahbaikan...TQ

GMAPUUM
Salam sejahtera kepada semua...kami ingin meminta maaf diatas beberapa masalah yang berlaku. Blog ini sedang melalui proses penambahbaikan untuk kemudahan bersama dimasa hadapan. Diharapkan rakan-rakan akan terus memberikan sokongan kepada kami untuk terus maju. Sekian terima kasih...^^
 
Copyright 2010 GMAP UUM
GABUNGAN MAHASISWA ANAK PERAK Blogger template by Introblogger