Archives

1

AGM GMAP UUM PERTAMA

GMAPUUM Tuesday 19 April 2011
Salam 1 Malaysia...

Pada 16.April.2011 yang lalu, satu majlis tidak rasmi anjuran Gabungan Mahasiswa Anak Perak UUM telah dilangsungkan di Dewan Budi, Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia. 

AGM GMAP UUM yang julung kalinya diadakan itu telah mendapat sambutan yang mengalakkan. Biarpun didalam keadaan dan suasana yang bersahaja, kelancaran majlis tetap meriah dan menarik minat peserta yang hadir.









0

Salam 1 Malaysia

Salam 1 Malaysia, Salam Perpaduan, Salam Perak Aman Jaya...

Bersyukur ke hadrat Illahi, akhirnya tertubuh juga sebuah persatuan yang mana akan mengabungkan keseluruhan anak-anak perak di Universiti Utara Malaysia di dalam sebuah persatuan yang utuh lagi padu. Dengan tertubuhnya persatuan Gabungan Mahasiswa Anak Perak UUM ini, diharapkan agar ianya dapat dijadikan sebagai suatu medium loncatan bagi semua anak-anak perak yang belajar di Universiti Utara Malaysia untuk mengadukan sebarang masalah selain sebagai tempat untuk saling beramah mesra dan kenal mengenali diantara satu sama lain. Akhir kata, semoga GABUNGAN MAHASISWA ANAK PERAK (GMAP) ini akan terus maju kehadapan dan mampu membela nasib anak-anak perak yang sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia ini. Sekian.
 
Copyright 2010 GMAP UUM
GABUNGAN MAHASISWA ANAK PERAK Blogger template by Introblogger