You Are Reading

1

Pembina "Bina Negara Bangsa"

GMAPUUM Thursday 2 June 2011
                        Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Pembina "Bina Negara Bangsa" merupakan satu projek cetusan idea daripada TNC UUM iaitu Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid. Usulan dan pembentangan idea ini telah dilakukan di Terengganu yang mana melibatkan kesemua TNC di setiap IPTA seluruh negara. Ianya telah mendapat sokongan penuh dari semua pihak dan rangka kerja telahpun diaturkan.


Projek ini berteraskan konsep 1 MALAYSIA yang mana menekankan semangat cintakan negara bangsa. Ianya akan dijalankan selama 3 hari 2 malam untuk 5 sesi yang berbeza. Setiap sesi akan dijalankan di 40 pusat yang berbeza di seluruh negara secara serentak.


Sesuatu yang menarik mengenai program ini adalah, ianya akan membawa mahasiswa/swi dari setiap IPTA untuk mengikuti program tersebut di negeri kelahiran masing-masing. Ianya bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara mahasiswa/swi dengan para pemimpin negeri. Dengan ini, ianya secara tidak langsung memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk saling berinteraksi sepanjang program berlangsung.


Program tersebut akan dibahagikan kepada empat slot iaitu slot POLITIK, AKADEMIK,EKONOMI dan AGAMA. Dari sini, para peserta akan dapat memahami dasar dan polisi kerajaan secara lebih menyeluruh selain mendalami rasa kecintaan terhadap negara bangsa sendiri.


Para peserta yang ingin mengikuti program ini tidak perlu risau mengenai pengangkutan, penginapan mahupun makanan, kerana segalanya telah disediakan. Mereka hanya perlu bersedia untuk MENYAHUT CABARAN YANG JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN INI.


Bagi yang berminat, mereka boleh mengisi borang yang telah disediakan di bahagian aktiviti dan pilih borang PEMBINA "BINA NEGARA BANGSA" .




Sekian, Terima kasih.

1 comments:

Unknown said...

saya dari SEMARAK UTM datang singgah sini

Post a Comment

 
Copyright 2010 GMAP UUM
GABUNGAN MAHASISWA ANAK PERAK Blogger template by Introblogger